Isnin, 14 Mac 2011

1Malaysia 1bangsa

Saya berasa sangat sedih apabila membaca sebuah berita yang disiarkan akhbar The Star dengan tajuk ‘Public wants signage in Chinese and Tamil’ yang mana berita ini menerangkan mengenai tanda arah yang terdapat di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS) adalah mengelirukan kerana ramai warga tua dan pelancong menghadapi masalah untuk membaca tanda arah tersebutAlasan yang diberikan adalah disebabkan tanda arah itu ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


Justeru, lahirlah cadangan agar tanda arah di terminal ini perlu juga diletakkan dalam bahasa Cina dan Tamil untuk membantu mereka memahaminya.Seharusnya perkara ini tidak menjadi isu. Apabila kita menerima konsep 1Malaysia maka adalah wajar kita menggunakan satu bahasa sebagai bahasa perhubungan semua bangsa iaitu bahasa Melayu. Amat menyedihkan sekiranya rakyat Malaysia sendiri tidak boleh bertutur dan membaca papan tanda dalam bahasa Melayu.


Jika tindakan meletakkan bahasa Cina dan Tamil dalam tanda arah tersebut dipersetujui, maka kedudukan bahasa Melayu akan menjadi biasa. Saya mengharapkan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia untuk menjiwai kedudukan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ iaitu Bahasa Melayu.


JM: Bangga menjadi bangsa malaysia.




Jenayah Tanpa Wajah

Saya tertarik membaca satu artikel di majalah iaitu berkaiatan jenayah tanpa wajah. Sekali imbas, pelbagai pertanyaan timbul di fikiran apabila membaca tajuk artikel tersebut yang seolah-olah membawa pembaca ke suautu skop pemikiran yang jauh daripada kebiasaan.

Mengikut definisinya, Jenayah tanpa wajah adalah jenayah di alam maya, iaitu sama ada melalui panggilan telefon, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, atau melalui ruangan sosial.
Kita tidak mengenali muka penjenayah itu tetapi kita boleh percaya dengan apa yang diperkatakan. 


JENIS
Penipuan melalui SMS
Penipuan melalui e-mel atau laman sosial
Skim cepat kaya 


Mengikut statistik, pada 2009, 75 kes penipuan melalui perbankan Internet dilaporkan dengan kerugian berjumlah lebih RM200,000 dan ia terus meningkat dengan 353 kes dan kerugian kira-kira RM1.2 juta, pada tahun lalu. Jenayah ini akan menjdi semakin berleluasa sekiranya tiada langkah mengatasinya.



JM : Jenayah pun menjadi semakin moden selari dengan perkembangan zaman masa ini.

Cintailah Bahasa Kita



Hari ini, saya pergi ke bank Simpanan Nasional. Seperti biasa, saya mengambil angka giliran yang berada di ahdapan pintu bank tersebur. Sementara menunggu giliran, saya belek-belek surat khabar yang ada disitu, sama ada surat khabar berbahasa melayu atau bahasa Inggeris. Saya terlihat sebuah iklan di dalam surat khabar bahasa Inggeris. Iklan tersebut memaparkan situasi sekumpulan pelajar sekolah berdepan masalah komunikasi dengan pelancong asing yang ingin melawat tempat menarik di ibu kota. Mesej iklan tersebut sangat jelas iaitu berkaitan keupayaan masyarakat Malaysia berbahasa Inggeris akan memberi manfaat kerana dapat membatu mempromosikan Malaysia selain memudahkan lepasan sekolah mendapat pekerjaan.

Terlintas pelbagai persoalan di fikiran saya. Adakah pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia mesti dilayan dalam bahasa Inggeris, seolah-olah negara Malaysia sudah tidak mempunyai bahasa kebangsaan? Adakah sikap menghormati tetamu semestinya diterjemahkan melalui penggunaan bahasa Inggeris? Adakah masyarakat Malaysia tidak berbangga dengan bahasa kebangsaannya sendiri?

Pada pendapat saya, iklan tersebut cuba membawa suatu anjakan paradigma dalam pemikiran rakyat Malaysia membentuk pemikiran yang kritikal terhadap bahasa Inggeris. Sayangnya, pengisian yang terkandung dalam medium yang digunakan, sedikit sebanyak telah mencalarkan hati segelintir rakyat Malaysia yang berpendirian teguh dalam memperjuangkan nasib bahasa Melayu yang kian rakus dinodai oleh bangsanya sendiri. 





JM : Usahlah kita menyusukan kera di hutan, sedangkan anak di rumah mati kelaparan.

Nasi Ambeng


Situasi :

Nasi ambeng merupakan sejenis makanan yang sangat terkenal dalam  masyarakat Jawa. Nasi ambeng ini disediakan dalam sebuah dulang besar dan dimakan secara berjemaah. Kebiasaannya, satu dulang disediakan untuk empat atau lima orang. Kampung saya terdiri daripada masyarakat Banjar, Jawa dan Melayu. Apa yang menariknya, apabila diadakan kenduri tahlil, tidak kira dari kalangan masyarakat Jawa, Banjar atau Melayu, semuanya akan menjadikan nasi ambeng sebagai hidangan utama.

Antara bahan-bahan yang ada adalah nasi, bihun, ikan masin, ayam goreng dan lain-lain. Apabila selesai sahaja membaca tahlil, doa makan pun dibaca ileh tok imam. Kemudian, tuan rumah akan mengangkat dulang berisi nasi ambeng yang diberikan kepada jemputan bersama dengan gulungan plastik. Mereka akan membahagikan nasi ambeng di dalam dulang tersebut kepada empat bahagian. Setiap orang akan mendapt bahagian yang sama rata dan dimasukkan ke dalam plastik yang diberikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.












Nasi ambeng ini menjadi pilihan untuk kenduri-kenduri mungkin kerana cara penyediaannya yang lebih mudah dan menjimatkan kerja. Hal ini keranan lauk pauknya semuanya kering-kering, jimat masa untuk membasuh bekas berbanding penyediaan biasa.
JM :

Pangkat



Situasi :
Pagi ini saya telah pergi ke Fakulti untuk berjumpa dengan Pn. Ani, iaitu kerani di Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk berbincang mengenai tarikh Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Semasa kami sedang berbincang, seorang pensyarah wanita yang berpangkat Dr. lalu di ahdapan kami bersama dua orang pensyarah lelaki. Pn. Ani segera memanggil Dr. tersebut dengan niat untuk bertanya sesuatu tetapi apa yang mengecewakan adalah reaksi yang diberikan oleh pensyarah tersebut. 


Pn Ani : Dr....Dr....Saya nak tanya sesuatu ni boleh?
Pensyarah : Saya banyak kerja ni..( berlalu tanpa menoleh langsung ke arah kami )

Pn Ani hanya tersenyum sinis memandang saya. Saya yang berada di situ juga tergamam melihat reaksi yang diberikan oleh pensyarah wanita tersebut.



JM : Di akhirat kelak, Allah tidak bertanya apa pangkat kita di dunia, sebaliknya yang dinilai adalah amalan kita semasa di dunia. Renung-renungkanlah..
Secara umumnya, keris sangat sinonim dengan masyarakat Melayu yang digunakan sebagai senjata mempertahankan diri. Pahlawan-pahlawan melayu yang gagah berani sering digambarkan dengan keris-keris yang berkuasa.

Bagi orang yang tahu menghargai keris, sudah tentu menyanjunginya. Keris bukan sahaja cantik dan unik, namun apa yang hebat ialah seni reka bentuk keris yang pelbagai rupa. Bagi sesiapa yang ada belajar ilmu besi sudah tentu menghargai keris. Bukan senang untuk menghasilkan sebilah keris yang baik, cantik dan bermutu tinggi.

Kebanyakan masyarakat Melayu masih menggunakan keris sebagai senjata silat dan untuk kegunaan majlis-majlis keramaian ataupun menyimpan sebagai hobi. Namun ada yang mendampingi keris untuk kegunaan di alam ghaib atau lebih dikenali alam mistik.

Dewasa ini, kebanyakkan orang Melayu telah membuang ‘keris’ dari kamus kehidupan mereka. Keris hanya dianggap sebagai barang perhiasan antik atau sekadar untuk upacara dan istiadat semata-mata terutama dalam majlis perkahwinan sebagai ‘keris selit’. Malah ada sesetengah keris itu dibuang kerana dikatakan berpenunggu. 

Masyarakat moden masa ini tidak tahu menghargai dan menghayati nilai sebuah keris dalam masyarakat melayu. Sepatutnya mereka berbangga kerana Mayarakat melayu zaman dahulu mempunyai senjata ciptaan mereka sendiri dan menjadi warisan zaman-berzaman.


JM : Keris sebagai lambang kegagahan masyarakat Melayu

Ahad, 13 Mac 2011

Papan tanda yang menarik


Situasi :
Baru-baru ini, saya bersama seoarang rakan, Ahmad Syafiq telah pergi ke Subang Jaya menaiki kereta.  Saya melalui Lebuhraya Persekutuan

Baru-baru ini, saya bersama rakan, Ahmad Syafiq pergi ke Sabak Bernam untuk menghadiri undangan majlis perkahwinan daripada seorang kenalan lama. Sepanjang perjalanan, saya melihat pelbagai jenis papan tanda di tepi jalan sama ada papan tanda mengenai had laju, kawasan sekolah dan lain-lain. Sehingga sampai di sebuah persimpangan di Sekinchan, pandangan saya terhenti melihat sebuah papan tanda yang bagi saya sangat menarik Papan tanda tersebut ditulis ‘ Tak rasa bersalah ke, buang sampah dari kenderaan anda’. 





Walaupun dari segi penggunaan bahasa pada papan tanda tersebut tidak tepat kerana menggunakan bahasa pasar, tetapi mesej yang ingin disampaikan menusuk kalbu pembacanya. Terima kasih kepada JKR Sabak Bernam kerana menyediakan  papan tanda yang memberi mesej yang sangat mendalam kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan. Setiap individu dalam amsyarakat perlu mengubah mentaliti supaya tidak lagi dikategorikan dalam pemikiran kelas ketiga.

JM : Kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak faham bahasa dan tanpa segan silu melakukan perkara yang jelas-jelas dilarang.