Situasi :
Malam itu, saya bersama teman serumah pergi makan di kedai I Love U Corner yang terletak berhampiran Kolej Harun Aminurrasyid. Kami makan di situ kerana seorang ahli rumah kami ingin membelanja kami sate untuk menyambut hari ulang tahunnya. Selesai sahaja membayar makanan, kami pun pergi ke motorsikal masing-masing untuk pulang ke rumah. Semasa saya baru sahaja menaiki motorsikal, telefon bimbit saya berbunyi, lalu saya menjawab panggilan tersebut.
Sedang saya rancak berbual di dalam telefon, tiba-tiba saya terdengar bunyi hon di belakang saya. Apabila saya menoleh, sebuah kereta Mercedes berada betul-betul di belakang motorsikal saya. Seorang lelaki pertengahan umur yang berada di tempat duduk pemandu memaki hamun saya.
Pemandu : Woi, bodoh betullah.Orang nak parking kat sini, tak nampak ke.
Saya : Eh, cakap baik-baik tak boleh ke pakcik. Saya tengah jawab telefon tadi, tak perasan pun kereta pakcik kat sini.maaflah.
Pemandu : Kau ingat aku tunggul ke kat sini. Banyak kerja lagi aku nak buat.
Saya :Kalau cakap elok-elok, orang lain pun tak marah, pak cik.
Saya terus berlalu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Bukan susah pun nak bercakap dengan cara yang lebih berhemah.
JM :Bagi saya, pemandu kereta tersebut telah mencerminkan sikap yang kurang bijak. Sikap berbudi bahasa perlulah diterapkan dalam jiwa setiap golongan masyarakat kerana dengan budi bahasa inilah yang akan menyatu padukan semua bangsa Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan