Semasa saya sedang berehat-rehat di rumah, sebuah kereta proton Wira berhenti di hadapan rumah saya. Kemudian, muncul seorang lelaki bertubuh gempal, iaitu seorang rakan lama saya yang bernama Hafiz. Hafiz ingin melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Mac ini dan telah mengundang kami sekeluarga hadir ke majlis beliau.
Saya : Eh, kenapa kad ni tertulis kad jemputan
Hafiz : Ada pape kesilapan ke syid?
Saya : Kalau kad jemputan, kau kena jemput aku dari rumah tau.
Hafiz : Haha ala kau ni skema betullah..paham-paham sendiri jelah.
Saya : Aku gurau jela..takpelah, Insyaallah aku datang nanti.
Penggunaan perkataan jemputan dalam kad perkahwinan adalah satu kesalahan bahasa kerana perkataan tersebut berbeza daripada maksud yang sebenar. Perkataan jemputan bermakna kita menjemput orang tersebut di rumahnya dan kemudian membawanya ke rumah kita. Oleh hal yang demikian, perkataan yang tepat dalam kad perkahwinan adalah undangan. Perkataan undangan ini bermaksud orang yang diundang akan datang sendiri ke rumah kita tanpa perlu kita mengambilnya.
Penggunaan kata yang betul sangat penting supaya tidak mempengaruhi generasi akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan