Situasi :
Dalam kehidupan seharian, kita sering mengalami masalah dalam penggunaan bahasa atau kata yang betul. Kita selalu mengalami kekeliruan dalam penggunaan perkataan yang betul terutama perkataan yang ejaannya hampir sama tetapi membawa makna yang berbeza. Sebagai contoh, penggunaan kata perlanggaran dan perlanggaran. Kedua-dua kata ini mempunyai ejaan yang hampir sama tetapi dalam konteks makna, kedua-duanya membawa makna yang berbeza.
Mengikut Kamus Dewan pada muka surat 759, kata pelanggaran bermaksud perihal melanggar iaitu menyerang,menyerbu dan sebagainya.
Contohnya : Pelanggaran askar Israel terhadap Palestin telah dapat dipatahkan.
Kata perlanggaran pula bermaksud perihal berlanggar iaitu antara kenderaan, kenderaan dengan orang dan lain-lain.
Contohnya : Van itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Ulu Bernam.
JM : Kekeliruan dalam konteks sebenar penggunaan kata ini akan menyebabkan maklumat tidak dapat disampaikan dengan tepat serta menyebabkan permasalahan dalam komunikasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan