Selasa, 1 Mac 2011

Natrah

Minggu lepas, saya berpeluang menonton rakaman teater Natrah yang pernah dipentaskan di Panggung Budaya sekitar hujung tahun 2010. Saya sangat tertarik dengan terater tersebut kerana jalan cerita yang tidak membosankan, selainkan menerapkan nilai-nilai patriotik di dalam jiwa penonton.



Latar belakang cerita Natrah
Cerita Natrah adalah berasaskan cerita benar. Natrah nama asalnya Bertha Heartogh, menceritakan kisah kehidupan seorang wanita Belanda yang dipelihara oleh seorang wanita Melayu ketika perang Jepun meletus.
Natrah berumur 5 tahun ketika diserah oleh ibunya kepada Che Aminah di Indonesia. Bapanya pula berada didalam tawanan Jepun ketika itu. Natrah dibesarkan oleh ibu angkatnya di Terengganu. Apabila Jepun menyerah kalah, bapa Natrah, Adrimus dibebaskan dan mula menuntut Natrah kembali. Untuk menyelamatkan Natrah, ia dinikahkan dengan Mansur, seorang guru yang berumur 21 tahun ketika Natrah berumur 13 tahun.

Percubaan pertama Adrimus menerusi mahkamah Singapura untuk mendapat hak penjagaan Natrah gagal. Namun percubaan keduanya berjaya. Undang-undang Belanda menyebutkan bahawa wanita di bawah umur 16 tahun adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termasuk dalam soal agama dan perkahwinan. Tuntutan inilah diperolehi oleh Adrimus.

Pada 12 Disember 1950, Natrah dibawa balik ke Belanda. Konflik berlaku apabila keputusan mahkamah memutuskan Natrah dijadikan agama Kristian Katolik, kembali ke agama asal orang tuanya.
Natrah meninggal dunia di Belanda pada Julai 2009 akibat sakit leukimia.
JM: Tak sabar nak menonton filem epik, Hikayat Merong Mahawangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan