Rabu, 2 Mac 2011

Ragam....



Tarikh : 18 Januari 2011                  
Hari : Isnin






Pada hujung tahun lepas, saya bersama beberapa orang rakan telah pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF di antara pasukan Malaysia bertemu dengan pasukan Indonesia. Perlawanan akhir ini berlangsung secara timbal balik iaitu perlawanan pertama diadakan di Stadium Bukit Jalil manakala perlawanan kedua diadakan di Stadium Bung Karno, Jakarta. Saya dan rakan-rakan masuk ke dalam stadium kira-kira jam 7.30 malam. Ketika itu, Stadium yang memuatkan  100 000 ribu penonton telah hampir penuh dan bergema dengan sorakan para penonton yang begitu teruja untuk menyaksikan perlawanan ini. Laungan ‘Malaysia’ dan nyanyian lagu patriotik menyemarakkan lagi suasana. Saya begitu berbangga dan teruja melihat sendiri semangat patriotik rakyat malaysia yang sama-sama berdiri menyanyikan lagu negaraku dan lagu Barisan kita walaupun mereka berbeza dari segi bangsa, negeri dan jantina. Walau bagaimanapun, yang agak mendukacitakan adalah kata-kata kesat dan tidak bersopan oleh para penonton ketika menyaksikan perlawanan. Mereka memaki hamun dan menyumpah-nyumpah para pemain yang mebuat kesilapan dan tidak bermain dengan baik.  Antara kata-kata yang saya dengar sepanjang perlawanan itu

  1. Bodohnye la pertahanan itu, tendang bola pun tak kena 
  2. Kalau macam ni lah dorang main, baik aku suruh nenek aku je yang main 
  3. Pemain no 6 tu kenapa lembik sangat, macam haram betul la

Terdapat banyak lagi kata-kata kesat yang saya dengar sepanjang perlawanan itu, tetapi tidak dapat saya ceritakan atas sebab-sebab keselamatan. Saya dan rakan-rakan hanya mampu menggelengkan kepala melihat tabiat dan tingkah laku masyarakat kita.

.
JM : Bagi saya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kata-kata menggambarkan peribadi seseorang. Tidak salah seandainya kita ingin memberi sokongan tetapi janganlah sehingga kita menggunakan kata-kata kesat dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Apatah lagi, ramai dalam kalangan penonton yang membawa keluarga, termasuk kanak-kanak. Jadi, kurang bijaklah perbuatan ini yang muungkin akan mempengaruhi generasi-generasi akan datang.Majulah sukan untuk negara.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan