Situasi :
Hari ini saya terbaca sebuah artikel di surat khabar Kosmo yang bertajuk ‘Luaskan pengaruh Bahasa Melayu’. Artikel ini menyatakan Kerajaan telah mengadakan satu program untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM). Program yang bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia.
Program ini mampu memupuk semangat cintakan bahasa Kebangsaan di sanubari pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi tempatan. Program PABM ini juga akan memberi kesedaran tentang kepentingan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai satu alat penyatuan untuk negara pelbagai kaum seperti Malaysia.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, Bahasa Melayu semakin diperkasa dan diperluas penggunaannya ke pusat-pusat ilmiah di seluruh dunia. Sementara itu, sebanyak 59 peserta dari 56 negara telah menyertai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini yang dilangsungkan secara saringan sebelum pertandingan Akhir akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
JM :Bahasa Melayu mampu menjadi sebuah bahasa yang bernilai tinggi di persada dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan