Khamis, 17 Mac 2011

Kata Ganti Diri ‘Aku’


Situasi :
Baru-baru ini saya mengajak seorang kawan yang bernama Hadi pergi membeli barang di pekan Tanjong Karang. Sampai di rumahnya, Hadi mempelawa saya masuk ke dalam rumah sementara menunggu dia menukar pakaian. Setelah selesai bersiap, Hadi meminta izin kepada ibunya untuk keluar bersama saya.

Hadi : Mak, aku nak keluar dengan Rasyid dah ni.
Mak : Yela, hati-hati keluar tu tau.

Saya tercengang mendengar pertuturan Hadi kerana dia menggelarkan dirinya ‘aku’ apabila bercakap dengan ibuya.
Secara umumnya, pengunaan kata ganti diri ‘aku’ kepada orang yang lebih tua atau dihormati kelihatan agak kasar kerana tidak sesuai dengan konsep kesantunan berbahasa. Penggunaan kata ganti diri ‘saya’ lebih sesuai sebagai menuujukkan tanda hormat kepada orang yang lebih tua. Walau bagaimanapun, dalam masyarakat jawa, penggunaan kata ganti diri ‘aku’ tidak menjadi kesalahan, malahan menjadi kebiasaan mereka apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua.



Kepelbagaian bahasa dan budaya menjadikan masyarakat melayu sangat unik dan menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan