Selasa, 15 Mac 2011

Kalau Berpacaran


Situasi :
Saya tertarik dengan lagu Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet yang sedang popular kini. Mungkin dari segi iramanya, lagu ini nampak biasa seperti lagu-lagu lain, tetapi jika diamati, lagu ini menyampaikan mesej yang mendalam kepada pendengar. Lagu ini memberi penekanan kepada pentingnya sifat malu dalam diri seseorang individu . Antara liriknya :

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu, biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Dalam lagu ini juag diselitkan beberapa monolog syaitan yang menggoda manusia supaya melakukan larangan Allah.

Yeah, kita sambung cerita
Kalau kamu berdua, aku yang ketiga
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kaku tak sedia ucap syahadah



JM :Lagu bukan sahaja dicipta untuk tujuan hiburan, sebaliknya lagu juga boleh menjadi medium untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan