Situasi :
Nasi ambeng merupakan sejenis makanan yang sangat terkenal dalam masyarakat Jawa. Nasi ambeng ini disediakan dalam sebuah dulang besar dan dimakan secara berjemaah. Kebiasaannya, satu dulang disediakan untuk empat atau lima orang. Kampung saya terdiri daripada masyarakat Banjar, Jawa dan Melayu. Apa yang menariknya, apabila diadakan kenduri tahlil, tidak kira dari kalangan masyarakat Jawa, Banjar atau Melayu, semuanya akan menjadikan nasi ambeng sebagai hidangan utama.
Antara bahan-bahan yang ada adalah nasi, bihun, ikan masin, ayam goreng dan lain-lain. Apabila selesai sahaja membaca tahlil, doa makan pun dibaca ileh tok imam. Kemudian, tuan rumah akan mengangkat dulang berisi nasi ambeng yang diberikan kepada jemputan bersama dengan gulungan plastik. Mereka akan membahagikan nasi ambeng di dalam dulang tersebut kepada empat bahagian. Setiap orang akan mendapt bahagian yang sama rata dan dimasukkan ke dalam plastik yang diberikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.
Nasi ambeng ini menjadi pilihan untuk kenduri-kenduri mungkin kerana cara penyediaannya yang lebih mudah dan menjimatkan kerja. Hal ini keranan lauk pauknya semuanya kering-kering, jimat masa untuk membasuh bekas berbanding penyediaan biasa.
JM :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan