Jumaat, 18 Mac 2011

Antara ‘Online’ dan Dalam Talian



Kita seringkali melihat di media cetak banyak kesalahan kosa kata Melayu dan dipandang remeh oleh pihak terbabit. Kurangnya keperihatinan dalam konteks bahasa akan membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu kita. Lebih-lebih lagi media cetak merupakan salah satu medium utama dalam penggunaan bahasa dan media ini juga lebih dekat serta mesra pegguna.



Penggunaan Online merupaka cedokan daripada bahasa Inggeris. Sepatutnya penggunaan kata yang betul adalah dalam talian. Sebagai seorang rakyat yang cintakan bahasa melayu, marilah sama-sama kita mengukuhkan penggunaan kata bahasa Melayu daripada menjadi mangsa jajahan bahasa Inggeris.


JM :  Kalau bukan Bangsa Melayu yang memartabatkan bahasa Melayu, siapa lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan