Selasa, 15 Mac 2011

Mensunatkan atau menyunatkan

Baru-baru ini sepupu saya yang bernama Ismail telah berkhatan di sebuah klinik di Sungai Buloh. Selepas pulang, dia menceritakan pengalaman dia berkhatan kepada saya :

Ismail : Sakit bang tadi. Doktor yang mensunatkan mail kasar betul masa potong tadi.
Saya : Hahaha mensunatkan? Salah tu dik. Menyunatkan la.
Ismail : oh yeke..Mail tak tahu pun..huhu

Dalam perbualan di atas, Ismail telah menggunakan perkataan Mensunatkan dalam menerangkan perihal dia berkhatan. Sepatutnya penggunaan kata yang tepat adalah menyunatkan.

Di sini saya beri penerangan lebih lanjut berkaitan permasalahan ini :
Kata dasar bagi kedua-dua bentuk terbitan itu ialah ‘sunat’.Kedua-duanya betul.’mensunatkan’ membawa maksud menjadikan hukumnya ‘sunat’. Sebaliknya,’menyunatkan’ bermaksud mengkhatan.

JM : Teringat zaman kanak-kanak dahulu. Terasa kecut perut apabila mendengar tentang berkhatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan