Isnin, 14 Mac 2011

Secara umumnya, keris sangat sinonim dengan masyarakat Melayu yang digunakan sebagai senjata mempertahankan diri. Pahlawan-pahlawan melayu yang gagah berani sering digambarkan dengan keris-keris yang berkuasa.

Bagi orang yang tahu menghargai keris, sudah tentu menyanjunginya. Keris bukan sahaja cantik dan unik, namun apa yang hebat ialah seni reka bentuk keris yang pelbagai rupa. Bagi sesiapa yang ada belajar ilmu besi sudah tentu menghargai keris. Bukan senang untuk menghasilkan sebilah keris yang baik, cantik dan bermutu tinggi.

Kebanyakan masyarakat Melayu masih menggunakan keris sebagai senjata silat dan untuk kegunaan majlis-majlis keramaian ataupun menyimpan sebagai hobi. Namun ada yang mendampingi keris untuk kegunaan di alam ghaib atau lebih dikenali alam mistik.

Dewasa ini, kebanyakkan orang Melayu telah membuang ‘keris’ dari kamus kehidupan mereka. Keris hanya dianggap sebagai barang perhiasan antik atau sekadar untuk upacara dan istiadat semata-mata terutama dalam majlis perkahwinan sebagai ‘keris selit’. Malah ada sesetengah keris itu dibuang kerana dikatakan berpenunggu. 

Masyarakat moden masa ini tidak tahu menghargai dan menghayati nilai sebuah keris dalam masyarakat melayu. Sepatutnya mereka berbangga kerana Mayarakat melayu zaman dahulu mempunyai senjata ciptaan mereka sendiri dan menjadi warisan zaman-berzaman.


JM : Keris sebagai lambang kegagahan masyarakat Melayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan