Isnin, 14 Mac 2011

Cintailah Bahasa Kita



Hari ini, saya pergi ke bank Simpanan Nasional. Seperti biasa, saya mengambil angka giliran yang berada di ahdapan pintu bank tersebur. Sementara menunggu giliran, saya belek-belek surat khabar yang ada disitu, sama ada surat khabar berbahasa melayu atau bahasa Inggeris. Saya terlihat sebuah iklan di dalam surat khabar bahasa Inggeris. Iklan tersebut memaparkan situasi sekumpulan pelajar sekolah berdepan masalah komunikasi dengan pelancong asing yang ingin melawat tempat menarik di ibu kota. Mesej iklan tersebut sangat jelas iaitu berkaitan keupayaan masyarakat Malaysia berbahasa Inggeris akan memberi manfaat kerana dapat membatu mempromosikan Malaysia selain memudahkan lepasan sekolah mendapat pekerjaan.

Terlintas pelbagai persoalan di fikiran saya. Adakah pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia mesti dilayan dalam bahasa Inggeris, seolah-olah negara Malaysia sudah tidak mempunyai bahasa kebangsaan? Adakah sikap menghormati tetamu semestinya diterjemahkan melalui penggunaan bahasa Inggeris? Adakah masyarakat Malaysia tidak berbangga dengan bahasa kebangsaannya sendiri?

Pada pendapat saya, iklan tersebut cuba membawa suatu anjakan paradigma dalam pemikiran rakyat Malaysia membentuk pemikiran yang kritikal terhadap bahasa Inggeris. Sayangnya, pengisian yang terkandung dalam medium yang digunakan, sedikit sebanyak telah mencalarkan hati segelintir rakyat Malaysia yang berpendirian teguh dalam memperjuangkan nasib bahasa Melayu yang kian rakus dinodai oleh bangsanya sendiri. 





JM : Usahlah kita menyusukan kera di hutan, sedangkan anak di rumah mati kelaparan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan