Khamis, 17 Mac 2011

Bahasa Jiwa Bangsa





Situasi :
Seringkali kita kita mendengar pelbagai peribahasa seperti darah daging, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat serta melentur buluh biarlah dari rebungnya. Walau bagaimanapun, saya tertarik dengan peribahasa yang mengetengahkan nilai bahasa iaitu terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Kedua-dua pepatah ini sangat berkaitan dengan bahasa seseorang apabila berbicara atau berkata-kata dalam apa jua keadaan sekalipun. Kata-kata perlu dijaga kerana setiap kata yang dipertuturkan, ada hati yang perlu dijaga. 

Daripada pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, pepatah ini mengingatkan masyarakat supaya menjaga setiap kata-kata yang diungkapkan supaya tidak menyinggung hati mana-mana pihak. Hal ini demikian kerana kata-kata boleh diibaratkan seperti  pedang yang tajamnya boleh membunuh lawan jika tidak dijaga dengan sempurna

Daripada peribahasa yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa, peribahasa ini mengingatkan kita supaya menggunakan kata yang baik dan memberi gambaran betapa pentingnya hidup berbudi dan berbahasa. Setiap patah kata-kata yang kita ungkapkan mencerminkan peribadi diri kita. Bahasa yang kita gunakan juga mennjukkan nilai budi dan kesopanan seseorang.


JM :Masyarakat melayu kaya dengan adat-adat ketimuran seperti adat sopan santun. Penggunaan bahasa yang baik dan bersopan santun mencerminkan sifat masyarakat Melayu sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan