Jumaat, 4 Mac 2011

Filem Tempatan...

Tarikh : 19 Januari 2011
Hari : Rabu
 





Industri perfileman negara telah mengalami transformasi di mana filem-filem tempatan telah mendapat tempat di hati peminat-pemintat filem seluruh negara. Filem Ngangkung, hantu kak Limah Balik Rumah dan Khurafat menjadi contoh terbaik apabila mendapat kutipan melebihi RM8 juta. Hal ini secara tidak langsung merupakan berita baik kepada industri perfileman negara yang sebelum ini mengalami zaman gelap. Walau bagaimanapun, disebalik kerancakan industri filem, terdapat penerbit-penerbit filem yang hanya memikirkan keuntungan dalam menghasilkan filem tanpa menonjolkan aspek-aspek moral.

Adegan-adegan seks, ranjang, pergaulan bebas, masalah keruntukan akhlak menjadi modal utama dalam sesebuah filem untuk menarik minat penonton. Secara tidak sedar, pengaruh filem ini sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa para penonton yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja. Maka, tidak hairanlah masyarakat kita hari ini terutama remaja  terlalu terbuka dalam hal seks dan hal-hal sosial kerana perkara ini telah sebati dengan kehidupan mereka.

JM : Filem-filem tempatan sepatutnya mampu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat kerana filem merupakan medium yang dekat dengan masyarakat. Pelbagai kempen telah dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras masalah sosial tetapi masih belum menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan. Mungkin  melalui peranan filem ini dapat mempengaruhi dan memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup yang cemerlang dan gemilang dallam mencetus Malaysia ke arah wawasan 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan