Rabu, 9 Mac 2011

Aku anak Banjar..


Tarikh : 20 januari 2011
Hari : Khamis


Hari ini saya saya telah menefon ibu saya untuk bertanya khabar. Seperti biasa, banyak perkara dan topik yang kami sembangkan.  Sebelum kami menamtkan perbualan, mak bertanya kepada saya bila saya akan pulang ke kampung.
Berikut adalah perbualan kami :
Emak :  Bila engkau nak bulikan ke kampung ni
Saya : Saya tak tahu lagi mak. Minggu ni kena pergi buat program di Rawang.

Perkataan bulikan di atas merupakan kosa kata daripada bahasa banjar.  Dalam hal saya, Bapa saya berketurunan melayu manakala ibu saya  berketurunan banjar.
Antara Kosa kata banjar yang lain dan maksudnya dalam bahasa melayu.


Bahasa Banjar
Bahasa Melayu
Garing
Demam
Guring
Tidur
Kulaan
Saudara
Lapah
Letih
Ikam
Engkau
Gimit
Perlahan
Hakun
Setuju
Belalah
Merayau
Ayan
Baldi
Harat
Sombong
Tuhak
Tua
Amun
Kalau
Aroh
Kenduri
Awak
Badan
Ading
Adik
Banyuk
Air
Bungol
Bodoh
Ungah
Suka


JM : Bahasa banjar merupakan salah satu bahasa yang digunakan dalam masyarakat melayu selain daripada bahasa Jawa. Kepelbagaian atau variasi bahasa ini memberi kelebihan kepada kita untuk mendekati kaum atau bangsa yang mengamalkan bahasa tersebut. Di Selangor, kebanyakan kaum banjar terdapat di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Ahad, 6 Mac 2011

Bahasa Rojak..


Setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan lama yang berada di ibu kota, pasti saya melihat pelbagai perubahan daripada mereka terutamanya dari segi bahasa. Kata-kata seperti i, you, dan lain-lain menjadi sebutan utama apabila berbual. Sedar atau tidak, situsi ini memperlihatkan bahasa rojak yang semakin berleluasa. Secara umumnya, bercakap dalam bahasa Melayu memang mudah. Percakapan dan penulisan adalah berbeza tatacara. Bercakap dalam bahasa singkatan dibenarkan, seperti menghantar SMS, peta minda atau nota.

Bahasa singkatan berbeza dengan bahasa rojak. Singkatan dalam bahasa penulisan dan percakapan juga berbeza. Bahasanya  mudah, ringkas, senang difahami dan diterima pakai secara meluas dalam kalangan masyarakat kini.

Apakah pula halnya dengan bahasa rojak? Contohnya: “I tak tahu menahu pasal event tu! Tak sorang pun invite kita orang!” Mencampuradukkan bahasa adalah dilarang sama sekali dan salah daripada hukum bahasa. Tetapi, umumnya masyarakat Melayu lebih selesa dengan hal ini.
Cubalah gunakan bahasa Melayu baku dan elakkan bahasa rojak. Bukankah bahasa mencerminkan bangsa? Janganlah jadi seperti kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.



 
JM  :Jangan sampai bahasa Melayu menjadi anak tiri di buminya sendiri.

Khamis, 3 Mac 2011

Minima atau minimum

Penggunaan kata minima adalah salah Orang boleh faham apa maksudnya tetapi salah atau silap dari penggunaan tatabahasa .Ayat yang  sepatutnya adalah "minimum" bukan "minima"

Perkataan ‘minimum’ ini adalah pinjaman daripada bahasa Inggeris yang bermaksud yang terkecil dan sedikit sekali.

JM : Sama-samalah kita meningkatkan bahasa kita..

Rabu, 2 Mac 2011

Ragam....



Tarikh : 18 Januari 2011                  
Hari : Isnin






Pada hujung tahun lepas, saya bersama beberapa orang rakan telah pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF di antara pasukan Malaysia bertemu dengan pasukan Indonesia. Perlawanan akhir ini berlangsung secara timbal balik iaitu perlawanan pertama diadakan di Stadium Bukit Jalil manakala perlawanan kedua diadakan di Stadium Bung Karno, Jakarta. Saya dan rakan-rakan masuk ke dalam stadium kira-kira jam 7.30 malam. Ketika itu, Stadium yang memuatkan  100 000 ribu penonton telah hampir penuh dan bergema dengan sorakan para penonton yang begitu teruja untuk menyaksikan perlawanan ini. Laungan ‘Malaysia’ dan nyanyian lagu patriotik menyemarakkan lagi suasana. Saya begitu berbangga dan teruja melihat sendiri semangat patriotik rakyat malaysia yang sama-sama berdiri menyanyikan lagu negaraku dan lagu Barisan kita walaupun mereka berbeza dari segi bangsa, negeri dan jantina. Walau bagaimanapun, yang agak mendukacitakan adalah kata-kata kesat dan tidak bersopan oleh para penonton ketika menyaksikan perlawanan. Mereka memaki hamun dan menyumpah-nyumpah para pemain yang mebuat kesilapan dan tidak bermain dengan baik.  Antara kata-kata yang saya dengar sepanjang perlawanan itu

  1. Bodohnye la pertahanan itu, tendang bola pun tak kena 
  2. Kalau macam ni lah dorang main, baik aku suruh nenek aku je yang main 
  3. Pemain no 6 tu kenapa lembik sangat, macam haram betul la

Terdapat banyak lagi kata-kata kesat yang saya dengar sepanjang perlawanan itu, tetapi tidak dapat saya ceritakan atas sebab-sebab keselamatan. Saya dan rakan-rakan hanya mampu menggelengkan kepala melihat tabiat dan tingkah laku masyarakat kita.

.
JM : Bagi saya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kata-kata menggambarkan peribadi seseorang. Tidak salah seandainya kita ingin memberi sokongan tetapi janganlah sehingga kita menggunakan kata-kata kesat dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Apatah lagi, ramai dalam kalangan penonton yang membawa keluarga, termasuk kanak-kanak. Jadi, kurang bijaklah perbuatan ini yang muungkin akan mempengaruhi generasi-generasi akan datang.Majulah sukan untuk negara.






Selasa, 1 Mac 2011

Natrah

Minggu lepas, saya berpeluang menonton rakaman teater Natrah yang pernah dipentaskan di Panggung Budaya sekitar hujung tahun 2010. Saya sangat tertarik dengan terater tersebut kerana jalan cerita yang tidak membosankan, selainkan menerapkan nilai-nilai patriotik di dalam jiwa penonton.



Latar belakang cerita Natrah
Cerita Natrah adalah berasaskan cerita benar. Natrah nama asalnya Bertha Heartogh, menceritakan kisah kehidupan seorang wanita Belanda yang dipelihara oleh seorang wanita Melayu ketika perang Jepun meletus.
Natrah berumur 5 tahun ketika diserah oleh ibunya kepada Che Aminah di Indonesia. Bapanya pula berada didalam tawanan Jepun ketika itu. Natrah dibesarkan oleh ibu angkatnya di Terengganu. Apabila Jepun menyerah kalah, bapa Natrah, Adrimus dibebaskan dan mula menuntut Natrah kembali. Untuk menyelamatkan Natrah, ia dinikahkan dengan Mansur, seorang guru yang berumur 21 tahun ketika Natrah berumur 13 tahun.

Percubaan pertama Adrimus menerusi mahkamah Singapura untuk mendapat hak penjagaan Natrah gagal. Namun percubaan keduanya berjaya. Undang-undang Belanda menyebutkan bahawa wanita di bawah umur 16 tahun adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termasuk dalam soal agama dan perkahwinan. Tuntutan inilah diperolehi oleh Adrimus.

Pada 12 Disember 1950, Natrah dibawa balik ke Belanda. Konflik berlaku apabila keputusan mahkamah memutuskan Natrah dijadikan agama Kristian Katolik, kembali ke agama asal orang tuanya.
Natrah meninggal dunia di Belanda pada Julai 2009 akibat sakit leukimia.
JM: Tak sabar nak menonton filem epik, Hikayat Merong Mahawangsa.

Resam melayu

Fenomena alam seperti mendung, ribut dan hujan telah menjadi sebahagian bahasa alam yang berperanan besar dalam komunikasi kehidupan orang Melayu.

“Sediakan payung sebelum hujan” contohnya membawa makna sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Peribahasa ini sangat mudah difahami. Namun, kesannya sangat mendalam dan cukup luas. Tidak semestinya payung saja yang perlu disediakan sebelum hujan turun, tetapi dalam konteks yang lebih luas.
  1. Diri manusia itu sendiri wajib dijaga, dipelihara dan disantuni kerana ia amanah.
  2. Kesihatan diri juga wajib dipelihara kerana tanpanya, sebahagian kebahagian hidup akan hilang serinya.
  3. Fikir secara bijaksana dan jauh kehadapan sebelum melakukan sesuatu juga teramat penting kerana implikasinya sampai ke Akhirat nanti.
Dan banyaklah lagi. Ringkasnya, kita tak mahu basah kuyup akibat kealpaan dan kejahilan diri sendiri yang memandang remeh fungsi payung itu.
Akibatnya, jadilah kita seperti yang seringkali disebut ’sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi’.  Apabila ia melibatkan penyesalan yang hakiki di Akhirat nanti, menangis air mata darah pun sudak tidak berguna lagi.



JM : Peribahasa melayu sangat indah dan memberi mesej yang sangat berguna.