Jumaat, 18 Mac 2011

Antara ‘Online’ dan Dalam Talian



Kita seringkali melihat di media cetak banyak kesalahan kosa kata Melayu dan dipandang remeh oleh pihak terbabit. Kurangnya keperihatinan dalam konteks bahasa akan membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu kita. Lebih-lebih lagi media cetak merupakan salah satu medium utama dalam penggunaan bahasa dan media ini juga lebih dekat serta mesra pegguna.



Penggunaan Online merupaka cedokan daripada bahasa Inggeris. Sepatutnya penggunaan kata yang betul adalah dalam talian. Sebagai seorang rakyat yang cintakan bahasa melayu, marilah sama-sama kita mengukuhkan penggunaan kata bahasa Melayu daripada menjadi mangsa jajahan bahasa Inggeris.


JM :  Kalau bukan Bangsa Melayu yang memartabatkan bahasa Melayu, siapa lagi?

Seloka Melayu



Seloka ialah puisi tradisional Melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak. Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka. Kata seloka berasal dari bahasa Sanskrit iaitu ‘Sloka’. Seloka kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.

Masyarakat Melayu mencipta seloka untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka. Seperti Seloka Pak Kaduk diterjemahkan sebagai cerita yang memberi iktibar kepada segenap lapisan masyarakat dahulu dan sekarang bahawa Pak Kaduk bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri.



Antara seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama termasuklah Seloka Pak Kaduk, Seloka Pak Pandir dan Seloka Emak Si Rendang. Antara contoh lain untuk seloka yang digubah dewasa ini termasuklah seloka Pak Belalang (lagu dari filem P.Ramlee), Seloka Jegela Melayu dan Seloka Cak Kun Cak dari M. Nasir.

M Nasir – Seloka Cak Kun Cak

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita nama terbilang
ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa
Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang
Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang
Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur
La..la…la..la…

JM :  Sangat meminati seloka Melayu kerana memberi banyak iktibar dan pengajaran.

Jemputan atau undangan



Semasa saya sedang berehat-rehat di rumah, sebuah kereta proton Wira berhenti di hadapan rumah saya. Kemudian, muncul seorang lelaki bertubuh gempal, iaitu seorang rakan lama saya yang bernama Hafiz.  Hafiz ingin melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Mac ini dan telah mengundang kami sekeluarga hadir ke majlis beliau. 

Saya : Eh, kenapa kad ni tertulis kad jemputan
Hafiz : Ada pape kesilapan ke syid?
Saya : Kalau kad jemputan, kau kena jemput aku dari rumah tau.
Hafiz : Haha ala kau ni skema betullah..paham-paham sendiri jelah.
Saya : Aku gurau jela..takpelah, Insyaallah aku datang nanti.






Penggunaan perkataan jemputan dalam kad perkahwinan adalah satu kesalahan bahasa kerana perkataan tersebut berbeza daripada maksud yang sebenar. Perkataan jemputan bermakna kita menjemput orang tersebut di rumahnya dan kemudian membawanya ke rumah kita. Oleh hal yang demikian, perkataan yang tepat dalam kad perkahwinan adalah undangan. Perkataan undangan ini bermaksud orang yang diundang akan datang sendiri ke rumah kita tanpa perlu kita mengambilnya. 

Penggunaan kata yang betul sangat penting supaya tidak mempengaruhi generasi akan datang.

Khamis, 17 Mac 2011

Tiada Kata Secantik Bahasa



JM :Sangat berminat dengan filem-filem P. Ramlee yang banyak mengetengahkan mesej-mesej berguna dalam bentuk yang santai.

Kata Ganti Diri ‘Aku’


Situasi :
Baru-baru ini saya mengajak seorang kawan yang bernama Hadi pergi membeli barang di pekan Tanjong Karang. Sampai di rumahnya, Hadi mempelawa saya masuk ke dalam rumah sementara menunggu dia menukar pakaian. Setelah selesai bersiap, Hadi meminta izin kepada ibunya untuk keluar bersama saya.

Hadi : Mak, aku nak keluar dengan Rasyid dah ni.
Mak : Yela, hati-hati keluar tu tau.

Saya tercengang mendengar pertuturan Hadi kerana dia menggelarkan dirinya ‘aku’ apabila bercakap dengan ibuya.
Secara umumnya, pengunaan kata ganti diri ‘aku’ kepada orang yang lebih tua atau dihormati kelihatan agak kasar kerana tidak sesuai dengan konsep kesantunan berbahasa. Penggunaan kata ganti diri ‘saya’ lebih sesuai sebagai menuujukkan tanda hormat kepada orang yang lebih tua. Walau bagaimanapun, dalam masyarakat jawa, penggunaan kata ganti diri ‘aku’ tidak menjadi kesalahan, malahan menjadi kebiasaan mereka apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua.



Kepelbagaian bahasa dan budaya menjadikan masyarakat melayu sangat unik dan menarik.

Iklan



Saya tertarik dengan satu iklan di Sinarfm kerana bagi saya iklan ini menyampaikan mesej yang tinggi nilainya. Di dalam iklan tersebut,seorang lelaki telah berbual dengan seorang wanita :

Lelaki : Eh kenapa ramai sangat orang putih kt sini.?
Perempuan : Orang merah ke, orang biru ke, orang putih ke, kita sume kan rakyat Malaysia

Mesej yang ingin disampaikan daripada perbualan di atas adalah masyarakat perlu bersatu padu tanpa mengira warna kulit dalam menjaga keharmonian negara. Janganlah kita membeza-bezakan kaum di negara kita kerana kita semua berada di di bumi bertuah yang sama iaitu MALAYSIA.

JM :Munculnya slogan 1Malaysia untuk mengelakkan perbezaan kaum antara rakyat Malaysia.
 



Bahasa Jiwa Bangsa





Situasi :
Seringkali kita kita mendengar pelbagai peribahasa seperti darah daging, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat serta melentur buluh biarlah dari rebungnya. Walau bagaimanapun, saya tertarik dengan peribahasa yang mengetengahkan nilai bahasa iaitu terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Kedua-dua pepatah ini sangat berkaitan dengan bahasa seseorang apabila berbicara atau berkata-kata dalam apa jua keadaan sekalipun. Kata-kata perlu dijaga kerana setiap kata yang dipertuturkan, ada hati yang perlu dijaga. 

Daripada pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, pepatah ini mengingatkan masyarakat supaya menjaga setiap kata-kata yang diungkapkan supaya tidak menyinggung hati mana-mana pihak. Hal ini demikian kerana kata-kata boleh diibaratkan seperti  pedang yang tajamnya boleh membunuh lawan jika tidak dijaga dengan sempurna

Daripada peribahasa yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa, peribahasa ini mengingatkan kita supaya menggunakan kata yang baik dan memberi gambaran betapa pentingnya hidup berbudi dan berbahasa. Setiap patah kata-kata yang kita ungkapkan mencerminkan peribadi diri kita. Bahasa yang kita gunakan juga mennjukkan nilai budi dan kesopanan seseorang.


JM :Masyarakat melayu kaya dengan adat-adat ketimuran seperti adat sopan santun. Penggunaan bahasa yang baik dan bersopan santun mencerminkan sifat masyarakat Melayu sejati.