Alhamdulillah dengan limpah kurnianya dapat saya mencipta sebuah blog khas untuk pensyarah tersayang iaitu Pn. Saniah untuk subjek Sosiolinguistik. Sebelum itu, eloklah kiranya saya memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya. Nama penuh saya ialah Hasrul Rasyid B. Harith, dilahirkan pada 2 November 1988. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan anak ketiga. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela, Kuala Selangor. Kemudian, saya menyambung pembelajaran di Sekolah Agama Menengah Jeram sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun, Tanjung Karang, Selangor. Kini, saya merupakan pelajar semester 6 Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mengambil kursus Pendidikan Bahasa Melayu. Aktiviti kegemaran saya ialah bermain bola sepak, menonton perlawanan bola sepak dan membaca majalah bola sepak.
Secara jujurnya, inilah kali pertama saya berkecimpung di dalam bidang penulisan blog. Sudah tentu banyak kelemahan dan kekurangan dalam blog saya ini.Walau bagaimanapun, blog ini akan saya hasilkan dengan jayanya kerana blog ini memberi pelbagai manfaat terutama dalam aspek bahasa dan masyarakat. Secara tidak langsung, kita semua dapat berkongsi ilmu dan idea demi memartabatkan bahasa Melayu, saya Akhir kata dari saya, majulah Sosiolinguistik untuk negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan