Khamis, 17 Mac 2011

Hormat


Situasi :

Saya pergi ke bank Islam Tanjong Malim untuk mengeluarkan wang. Apabila saya sampai di situ, saya lihat ramai orang sedang beratur menunggu giliran sehingga di luar bank. Disebabkan telah kehabisan wang, saya beratur juga seperti pelanggan-pelanggan lain. Tiba-tiba, muncul seorang lelaki remaja dengan selamba masuk ke dalam bank dan pergi ke barisan hadapan. Kami yang masih beratur di luar ini terpinga-pinga melihat gelagat remaja tersebut. Seorang pakcik menegur remaja tersebut :

Pakcik : Nak, beratur la ikut barisan. Kami kat sini dah lama menunggu giliran.
Remaja : Ala..saya ada banyak hal ni..nak cepat.
Pakcik : Orang lain pun banyak hal juga nak. Pakcik ni da lebih sejam menunggu di sini.
Remaja : Bising betullah orang tua nak mampus ni.macam bagus sangat je.

Remaja tersebut terus berlalu dari situ sambil memaki hamun pakcik tersebut. Saya yang mendengar perbualan tersebut hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anak remaja masa kini. Kalau zaman dahulu, anak-anak muda menundukkan muka apabila lalu di hadapan orang tua, tetapi kini tanpa rasa bersalah, orang tua di maki hamun seperti orang yang tidak berperasaan. Di mana hilangnya budi bahasa dan sopan santun dalam kalangan masyarakat kita?

JM :Ingat satu pepatah:  Hormati yang tua, Sayangi yang muda.

Inap Desa


Situasi :
Semasa di dalam kelas Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2, seorang rakan yang telah menjalankan pembelajaran makro dan mengajar kami pembelajaran berkaitan faktor memajukan Industri pelancongan di Malaysia. Pelbagai faktor dikemukakan oleh pelajar, kemudian, seorang rakan saya memberi faktor menaik taraf  homestay yang terdapat di Malaysia.

Aliza :Baiklah pelajar-pelajar, kamu semua tahu kan homestay adalah perkataan daripada                     Bahasa Inggeris. Siapa tau apa makna homestay dalam bahasa Melayu?
Pelajar : Tak tau cikgu.
Aliza : Baiklah, sebenarnya homestay dalam bahasa melayu disebut Inap desa. Selepasi ni, cikgu                      mahu kamu gunakan perkataan inap desa, bukannya Homestay. Boleh semua?
Pelajar : Baik cikgu.

Penggunaan perkataan Inap Desa lebih sesuai berbanding Homestay demi memartabatkan bahasa Melayu serta keunikan namanya mamapu menarik minta pelancong asing..


JM :Cintailah Bahasa kita. Bahasa Melayu semakin meluas penggunaan kosa katanya seiring dengan perkembangan dunia masa kini.

Pengaruh Bahasa Melayu

Situasi :

Hari ini saya terbaca sebuah artikel di surat khabar Kosmo yang bertajuk ‘Luaskan pengaruh Bahasa Melayu’. Artikel ini menyatakan Kerajaan telah mengadakan satu program untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM). Program yang bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia.

Program ini mampu memupuk semangat cintakan bahasa Kebangsaan di sanubari pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi tempatan. Program PABM ini juga akan memberi kesedaran tentang kepentingan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai satu alat penyatuan untuk negara pelbagai kaum seperti Malaysia.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, Bahasa Melayu semakin diperkasa dan diperluas penggunaannya ke pusat-pusat ilmiah di seluruh dunia. Sementara itu, sebanyak 59 peserta dari 56 negara telah menyertai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini yang dilangsungkan secara saringan sebelum pertandingan Akhir akan diadakan di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Putrajaya.




JM :Bahasa Melayu mampu menjadi sebuah bahasa yang bernilai tinggi di persada dunia.

Rabu, 16 Mac 2011

Bahasa Badan

Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau boleh mengisyaratkan sesuatu makna atau petunjuk kepada lawannya. Bahasa badan boleh menterjermahkan sikap seseorang sewaktu berkomuniskasi samada seseorang itu dalam mood yang bagus, agresif, memerlukan perhatian dari seseorang, relaks, bersedia, kebosanan, memahami arahan dan sebagainya
Berikut adalah contoh-contoh bahasa badan di dalam perbualan :

Jangan berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap:
Perlakuan ini boleh menyebabkan kita dianggap sebagai seorang yang sombong, keras hati, tak boleh diajak berunding atau berfikiran tertutup.

Bermanis muka, senyum dan ketawa:
Jangan terlalu serius. Senyum dan ketawalah bila mereka menyentuh perkara-perkala lucudalam perbualan. Senyumlah ketika kita diperkenalkan dengan seseorang.

Jangan mengusap muka:
Perlakuan ini boleh mempamerkan dalaman kita yang sedang gugup, serbasalah dan ketakutan dan ia akan mengganggu perjalanan perbualan.

Jangan menundukkan kepala:
Jangan memandang lantai. perlakuan ini akan mempamerkan bahawa kita adalah seorang tidak selamat, rendah dan tiada keyakinan diri, penakut dan amat tidak berminat, bosan dan ambil mudah.

JM : Bahasa Badan juga mampu menilai sifat peribadi seseorang.


Pisang Goreng



Situasi :
Tengah hari itu, saya dan adik saya pergi ke Kuala Selangor untuk membaiki motorsikal. Selepas pulang dari kedai motorsikal, kami singgah sebentar di sebuah gerai di tepi jalan untuk membeli ari kelapa. Adik saya juga telah membeli makanan lain yang terdapat di situ.

Adik : Makcik, goreng pisang ni berapa harganya.
Penjual : Lima ketul seringgit dik.
 Adik : Saya nak beli dua ringgit.





Daripada dialog di atas, dapat diperhatikan adik saya telah menggunakan bahasa yang tidak tepat apabila menggunakan perkataan goreng pisang. Penggunaan rangkai kata goreng pisang adalah tidak tepat dari segi hukum DM dalam bahasa Melayu iaitu hukum diterangkan dan menerangkan.Pekara yang diterangkan adalah pisang dan yang menerangkannya adalah kata goreng iaitu pisang tersebut telah digoreng. Jadi, rangkai kata yang tepat adalah pisang goreng.

JM :Penggunaan bahasa yang betul sangat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Selasa, 15 Mac 2011

Sampah yang bersepah...


Sampah sering dikaitkan dengan benda yang buruk, jijik, kotor dan yang seumpama dengannya. Contoh kata kerja atau kata nama termudah seperti sampah masyarakat, menyampah, bakul sampah dan lain-lain, semuanya negatif.

Begitulah juga saya sendiri yang memang cukup sakit mata melihat sampah, tapi yang lebih sakit hati lagi bila melihat orang membuang sampah di tempat-tempat awam dan di tepi jalan secara sesuka hati tanpa rasa perasaan bersalah.

Pengalaman saya sendiri menceritakan segala-galanya. Pernah berlaku satu insiden di luar ‘Central Market’ Kuala Lumpur pada tahun lepas. Kejadian sebenar ini berlaku sewaktu saya seorang diri pergi ke bandaraya Kuala Lumpur atas urusan peribadi. Kebetulan memang ada sampah yang bertaburan dalam kuantiti yang minima tetapi sudah cukup menyakitkan mata sesiapa yang melihatnya.

Semasa menunggu bas mini yang tak kunjung tiba pada masa tu,  beberapa orang anak muda turut melepak di situ sambil melayan dunia masing-masing. Agak lama sampah itu terbiar tanpa sesiapa pun peduli, hinggalah akhirnya datang seorang mat saleh pergi mengutip sampah-sampah itu dan memasukkannya ke tong sampah berdekatan.
Terdiam sejenak hilai tawa anak-anak muda yang tadi riuh rendah dengan cerita dunianya. Mungkin malu agaknya. Sebagai rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya yang dikatakan terkenal tinggi budi bahasanya, apatah lagi Islam juga menekankan pentingnya menjaga kebersihan, tetapi masih boleh berasa tidak bersalah melihat sampah-sarap itu terbiar sedangkan ada tempat khasnya yang dinamakan tong sampah.

Berlaku adillah dengan sampah, maka kita juga akan berlaku adil dengan alam sekitar dan kewujudan lain di sekeliling kita. Mesejnya mudah saja, sambil berukhwah akan menanamkan kembali semangat suka akan gotong royong atau kerja-kerja sukarela/tanpa gaji atau dengan nama lain kerja amal kerana Allah di hati masyarakat.  Nilai ini semakin pupus dari sehari ke sehari tetapi jangan dibiarkan pupus seperti pupusnya ‘dinasour’ kerana ini adalah resam budaya hidup kita yang amat positif dan perlu dipertahankan.